Ahad, 30 Januari 2011

Kek Cempedak


Lama suda xupdate blog. Bz sgt skrng ni... Mane nk bisnes lg...
Ha, harini kembali denga resepi baru, Kek Cempedak...
Tau jela kan buah cempedak kan wangi, harum semerbakje..
Sedap dimakan begitu saja.. nak2 lagi yg manis.. terangkat beb... hihi..

Bahan-bahannye..
250 g mentega
200 g gula kaster (kurang gula jika buah sudah manis, kalau buat kek mentega, guna sukatan 250 gm)
250 g tepung naik sendiri
4 biji telur
200 g isi cempedak, buang biji dan potong kecil-kecil (cuba potong dengan gunting supaya isi tidak hancur)

Cara membuat
1) Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan lembut
2) Tambah telur dan tepung, selang-seli
3) Masukkan isi cempedak dan gaul. Jangan gaul terlalu banyak supaya isi masih berkeping-keping.
4) Bakar dalam ketuhar selama 45 min pada suhu 180C

Rabu, 1 Disember 2010

Blueberry Cheese Tart

Arini try buat blueberry cheese tart

bestje rasanya.. lembut je..

Time kasih yg empunye resepi..




Bahan-bahan ( 50 biji utk small size acuan tart)

Bahan untuk Pastry:
125 gm mentega / majerin
45 gm gula aising - nak ganti ngan susu tpg pon bole
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum (ikut lembut adunan..kalo kurang tambah..kalo keras kurangkan)
secubit garam..biar ada rasa masin2 skit..

Bahan untuk Cheese Filling(inti):
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega - lembutkan
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling
*cheese n mentega biar suhu bilik..

Cara-cara:


Panaskan dulu ketuhar pada suhu 180 C.

Untuk membuat pastry:

Pukul mentega/majerin dan gula aising sampai creamy.

Masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung.

Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart.

Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya cantik2..guna jari pon boleh...pastu cucuk ngan garpu doh tu.
Bakar 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

Untuk membuat cheese filling:

Pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy.

Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul sampai gebu n lembut.
Susun doh yg dah bakar n keluarkan dr acuan dlm loyang balik
Pippingkan sedikit blueberi filling dlm doh tart td .
Pastu pipekan cheese filling tadi plak.

Hiaskan diatas dengan blueberry filling.

Bakar selama 10 minit atau filling tadi nampak mengelembung n macam kering sedikit.

p/s: Bila dah bubuh filling jgn bakar terlalu lama..bila nmpk mengelembung n kering sedikit trus keluarkan dr oven..kalo terlebih bkr cheese akan turun bila sejuk..

Udang Berempah Chef Wandy


Bahan-Bahan:


Bahan A:
1kg udang - potong mulutnye
3 biji bawang besar - hiris
1 labu bawang putih - hiris
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk jintan manis 
1 sudu kecil serbuk jintan putih 
1 sudu kecil serbuk ketumbar 
Rempah 4 beradik
Daun kari
Garam, gula secukup rasa


Bahan B(satukan semuanya):
1/2 sudu teh serbuk kari
1/2 sudu teh serbuk cili 
1/2 sudu teh serbuk ketumbar 
1/2 sudu teh serbuk jintan manis 
1/2 sudu teh serbuk jintan putih 


Cara-cara:


Gaul udang bersama bahan B tadi.
Gorengkan (jgn terlalu lama) Angkat dan toskan.... 
Panaskan minyak, tumis rempah 4 beradik, dun kari, bawang besar & putih hingga naik bau.
Kecilkan api, masukkan kesemua Bahan A dan kacau rata.
Apabila kesemua serbuk tadi dah masak, masukkan udang & gaul rata.
Udang berempah siap dihidangkan...


p/s: Masak udang berempah ini tidak menggunakan air..
Oleh sebab itu, ketika memasak kesemua serbuk di BAHAN A,memerlukan api yang kecil & selalu di kacau...
Jika api sederhana atau besar, ia akan mengurangkan rasa manis udang, rempahnya juga terasa pahit.

Gulai Lemak Siput

Bahan-bahan:


1 kg siput
1 cawan pati santan
1 liter santan cair (dari sebiji kelapa parut)
1 keping asam gelugur
2 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula
daun sup (optional)
pucuk ubi(optional)
nanas(optional)


Kisar halus:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 inci kunyit hidup(kalo xde guna yg serbukje)
1/2 inci belacan
5 tangkai cili padi (optional)


Cara-cara:


Siput dicuci hingga bersih, potong sedikit bahagian hujungnya.
Letak dalam tapis dan cuci lagi untuk mengasingkan sepihan kulit siput, kemudian toskan. Pucuk ubi diasingkan tangkainya, cuci dan ramas hingga sedikit layu, perah dan toskan.
Dalam periuk masukkan bahan kisar, serai, asam gelugor, nanas, pucuk ubi yang diramas tadi dan siput.
Gaul hingga rata dan masak hingga pucuk ubi layu.
Tuang santan cair dan masak hingga pucuk ubi lembut (kalau perlu tambah sedikit air), tuang pati santan dan masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
Masak sekejap sambil dikacau sekali sekala.


p/s: Hidangkan panas(tabur daun sup cilipadi) bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin goreng(mengikut selera anda.

Rabu, 24 November 2010

Gulai Lemak Pucuk Paku

Pucuk paku my favorite.
Selain wat masak kicap, sy nk try wat sayur lemak plak.
Tp maafla, yg dlm gmbar ni sy buat xckup bahan. hikhik.
Alakad jela..






Bahan2 yang patot ade:


1 ikat pucuk paku - siang,asingkan dr tangkai

1 biji bawang merah - dihiris
1 cawan santan cair
1/2 cawan pati santan
1 batang serai - dititik
Sekeping asam jawa
1/4 sudu teh serbuk kunyit/kunyit hidup
1/2 sudu teh serbuk cili / cili boh
Garam secukup rasa

1 batang lobak merah(optional) - dihiris
ikan bilis(optional)

Cara-cara


Masukkan semua bahan kecuali pati santan ke dalam periuk.
Masak hingga pucuk paku layu.
Tuang pati santan dan kacau hingga mendidih.
Sudah siap untuk dihidangkan.
Senangje kan...

Selasa, 23 November 2010

Kueteow Kungfu Chef Wandy

Salam semenye...
Hari ni kite blaja buat Kueteow Kungfu plak ye.
Resepi dari suamiku yang tersayang...
Gambar 2 dah lama tp resepi baru upload arini 24/11/10

Yang ni sy dah adjust sesuka hati. telur guna 3 biji :p
Kaler pon xmerah sgt sbb malas nk beli thaisos.

Bahan2 yang patot ada:


Kueteow ikut banyak mana nak makan
Telur 2 biji - pukul
Lauk Sotong atau ayam atau udang
Air (sukati byk mane-ikut byk kueteow 2la)
Stok ayam (kalo ade) *p/s: boleh ganti ngan air rebusan ayam yoo..
Tepung jagung 1 sudu teh + air cket (bancuh agak2 pekatla)
Sayur (karot,  sawi, bunga kobis, anak jagung, dsd - seeloknya celur dulu)
daun bawang, daun sup - hias
Bawang besar - buat bawang grg
Bawang putih - ketuk
Kicap sotong
Minyak bijan
Sos tiram
Thai sos(merah) kalo xde guna sos tomato
Buah laici/longan
Garam ,gula


Cara-cara masak:


Letak 2 kuali atas api sedang.(1 minyak banyak,1 minyak sikit)
Masukkan kueteow kat dalam telur tadi dan gaul sampai sebati.
Goreng kueteow dlm minyak yg banyak sampai garing sket. (letak dlm pinggan)
Tumis bwg putih kedlm kuali yg minyak ckit.
Masukkan air(biasanya setengah cawan je)
Masukkan lauknye ke dalam kuah, letak sos tiram  n stok ayam sikit n sos tomato dan buah laici (agak2 rasa masam cket) .
Bila dah masak lauk tu, masuk sayur dan jangan sampai masak sangat la.(yang sedang2 saja-utk mengekalkan khasiat sayur)
Tuang kuah ke pinggan kueteow, tabur bwg grg, daun sup n daun bawang kat atasnya.


Note: Nama dia kueteow kung fu pasal kita kena berkungfu masa tengah masak sebab ada dua kuali, silap2 hangit salah satu kuali tu


Kalo masak kueteow kantonis plak, kueteow hanya goreng biasa sampai hitam sket dalam kuah ade telur.
Kalo masak guna bihun,goreng kering bihun sampai ianya jd cm bertih jagung 2. goreng xyah lama2. kang hangit plak.
Kalo masak kueteow ladna, samala cm kantonis cuma ladna ade cili padi(pedas)
Mee kuning xsesedap rasa utk masakan ini yoo.. Harap Maklum.

Sabtu, 20 November 2010

Spaghetti Bolognese(Italian Cuisine)

Bahan-bahan:


450g daging lembu - cincang
1 sudu teh minyak zaitun
90gm bawang merah - cincang halus
35gm daun bawang - hiris
1/2 batang saderi - potong dadu
25gm paprika merah kecil - potong dadu
30gm lobak merah, kupas dan parut
75 gm epal - kupas, buang biji dan parut
1 ulas bawang putih - cincang
400gm tomato cincang
4 sudu besar pure tomato
2 sudu besar sos tomato
250ml stok daging lembu
1/4 sudu teh oregano kering
500gm spaghetti - rebus


Cara-cara:


Panaskan minyak dalam kuali besar dan tumis sayuran, epal dan bawang putih selama 10 minit, sampai lembut.
Transfer ke blender dan tambah tomato kemudian kisar sampai halus.
Masak daging cincang (sedikit2) dan goreng di atas api sedang-tinggi, menggunakan senduk kayu, sampai kecoklatan (anda mungkin perlu melakukan hal ini dalam dua batch).
Jika anak anda menyukai tekstur lebih halus maka anda boleh memindahkan kecoklatan mince ke prosesor makanan dan kisar sampai dihaluskan.
Tambah sos tomato dan sayur ke mince kemudian gaul dalam tomato pure, sos tomato, dan oregano.
Didihkan dan masak selama 40-45 minit, sampai sos pekat.
Perasakan dengan garam dan lada.
Hidangkan diatas spaghetti.
Hiasi dengan karot, bawang, oregano, myk zaitun juga boleh tambah meatball.

Cadangan Hidangan: 6 orang

Kerabu Mangga

Bahan-bahan:


2 biji mangga epal - kupas dan diparut
1 biji sengkuang - kupas dan parut
2 sudu besar udang kering - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
2 batang serai - hiris halus
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula
1 biji limau nipis - diperah
3 biji cili padi - cincang
1 biji cili merah - cincang halus
1 batang daun ketumbar - cuci dan cincang
2 sudu besar kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar


Cara-cara:


Campur semua bahan bersama-sama di dalam mangkuk besar, kacau rata dan sebati.
Sejukkan di dalam peti ais sebelum sajikan dingin sebagai pembuka selera atau salad.

Khamis, 18 November 2010

Almond London

Bahan-Bahan:


Bahan A
250gm butter/1 cawan planta - cair
1 cawan gula kastor/gula - kisar halus
1 sudu teh esen vanila
3-4 cawan tepung gandum - di ayak
1 biji kuning telur
Badam - cuci n tapis...bakar dlm oven 10 minit 160 degree sehingga badam betul2 rangup dan sejukan..


B (Toping)
600gm Coklat masakan
3 sudu minyak jagung
Badam cincang secukupnya


Cara-cara:


Gaulkan kuning telur, esen vanila, butter, gula dan 3 cawan tepung..(jgn uli..gaul dgn hujung jari saja)
Jika terlalu lembut,tambahkan sedikit lg tepung gandum sedikit demi sedikit hingga sebati
Bentukan kecil2 seperti buah kana atau bulat2..(saiz agak2 muat paper cup jgn terlalu besar-nanti dh bakar ia kembang)
Bakar dlm oven 160c antara 10-15min..
Sejukan kuih...


Toping:
Cairkan coklat masak dgn minyak jagung (double boil) smpai betul2 cair
Masukan kuih yg sudah di bakar dlm paper cup satu persatu...
Gunakan sudu kecil/sudu makan..tuangkan coklat masakn yg sudah cair keatas biskut sampai memenuhi paper cup atau smpai kuih tertutup..
Tabur badam cincang sbg hiasan...

Tandoori Lamb Chef Wandy(Indian Cuisine)

Bahan-bahan:


2 ketul rusuk kambing
1/2 cawan yogurt plain
2 sudu besar jus lemon segar/cuka
1 sudu besar bawang putih - cincang
1 sudu besar halia - kupas dan parut/hancurkan
1 sudu besar jintan
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh cili padi
1 /4 sudu teh serbuk pelaga
1/4 sudu teh cengkih
1/4 sudu teh lada hitam
2 sudu teh garam, atau sesuai selera
Minyak kelapa, untuk gris
Tangkai daun ketumbar segar untuk hiasan
Hirisan timun, bawang merah, tomato dan lemon, untuk hiasan


Cara-cara:


Cucukkan daging di seluruh dengan garpu untuk membolehkan rempah untuk menembusi. Letakkan di pinggan nonreactive.
Dalam mangkuk nonreactive, masukkan yogurt, air limau nipis atau cuka, bawang putih, halia, jintan, ketumbar, cili padi, pelaga, cengkih, lada hitam dan garam
Gaul sebati lalu tuangkan campuran itu di atas rusuk tadi dan lumurkan rata.
Tutup dan dinginkan 8 jam atau semalam. (Jangan mengasinkan selama lebih dari 2 hari.)
Keluarkan ia dari peti ais minima 30 minit sebelum dimasak.
Tekan ringan  rusuk untuk mengekstrak kelebihan rempah, dan berus dengan minyak.
~Jika anda menggunakan panggangan arang, siapkan api untuk memasak.
Kedudukan rak panggangan 5 inci dari api. Biarkan bara membakar sampai abu putih meliputi dan panas adalah sedang.
Letakkan rusuk di rak grill dan grill tertutup, dengan pengudaraan terbuka, menukar 3 atau 4 kali, 45 minit
~Jika membakar, panaskan oven sampai 450c Letakkan ayam di rak dalam periuk panggang, dan masak, balik sekali, 25 hingga 30 minit


Cadangan Hidangan: 2 orang
Sajikan dengan tangkai dari cilantro dan hirisan timun, bawang merah, tomato, dan lemon.
Dimakan bersama nasi kandar


Per hidangan(tanpa timun, bawang merah, tomato atau lemon, untuk hiasan): 303 kalori, 33 peratus kalori dari lemak protein, 45 gram, 3 gram karbohidrat, 0,54 gram serat total, total 11 gram lemak, 124 miligram kolesterol, 707 miligram natrium.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...