Rabu, 1 Disember 2010

Udang Berempah Chef Wandy


Bahan-Bahan:


Bahan A:
1kg udang - potong mulutnye
3 biji bawang besar - hiris
1 labu bawang putih - hiris
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk jintan manis 
1 sudu kecil serbuk jintan putih 
1 sudu kecil serbuk ketumbar 
Rempah 4 beradik
Daun kari
Garam, gula secukup rasa


Bahan B(satukan semuanya):
1/2 sudu teh serbuk kari
1/2 sudu teh serbuk cili 
1/2 sudu teh serbuk ketumbar 
1/2 sudu teh serbuk jintan manis 
1/2 sudu teh serbuk jintan putih 


Cara-cara:


Gaul udang bersama bahan B tadi.
Gorengkan (jgn terlalu lama) Angkat dan toskan.... 
Panaskan minyak, tumis rempah 4 beradik, dun kari, bawang besar & putih hingga naik bau.
Kecilkan api, masukkan kesemua Bahan A dan kacau rata.
Apabila kesemua serbuk tadi dah masak, masukkan udang & gaul rata.
Udang berempah siap dihidangkan...


p/s: Masak udang berempah ini tidak menggunakan air..
Oleh sebab itu, ketika memasak kesemua serbuk di BAHAN A,memerlukan api yang kecil & selalu di kacau...
Jika api sederhana atau besar, ia akan mengurangkan rasa manis udang, rempahnya juga terasa pahit.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...