Rabu, 1 Disember 2010

Gulai Lemak Siput

Bahan-bahan:


1 kg siput
1 cawan pati santan
1 liter santan cair (dari sebiji kelapa parut)
1 keping asam gelugur
2 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula
daun sup (optional)
pucuk ubi(optional)
nanas(optional)


Kisar halus:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 inci kunyit hidup(kalo xde guna yg serbukje)
1/2 inci belacan
5 tangkai cili padi (optional)


Cara-cara:


Siput dicuci hingga bersih, potong sedikit bahagian hujungnya.
Letak dalam tapis dan cuci lagi untuk mengasingkan sepihan kulit siput, kemudian toskan. Pucuk ubi diasingkan tangkainya, cuci dan ramas hingga sedikit layu, perah dan toskan.
Dalam periuk masukkan bahan kisar, serai, asam gelugor, nanas, pucuk ubi yang diramas tadi dan siput.
Gaul hingga rata dan masak hingga pucuk ubi layu.
Tuang santan cair dan masak hingga pucuk ubi lembut (kalau perlu tambah sedikit air), tuang pati santan dan masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
Masak sekejap sambil dikacau sekali sekala.


p/s: Hidangkan panas(tabur daun sup cilipadi) bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin goreng(mengikut selera anda.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...