Rabu, 1 Disember 2010

Blueberry Cheese Tart

Arini try buat blueberry cheese tart

bestje rasanya.. lembut je..

Time kasih yg empunye resepi..




Bahan-bahan ( 50 biji utk small size acuan tart)

Bahan untuk Pastry:
125 gm mentega / majerin
45 gm gula aising - nak ganti ngan susu tpg pon bole
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum (ikut lembut adunan..kalo kurang tambah..kalo keras kurangkan)
secubit garam..biar ada rasa masin2 skit..

Bahan untuk Cheese Filling(inti):
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega - lembutkan
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling
*cheese n mentega biar suhu bilik..

Cara-cara:


Panaskan dulu ketuhar pada suhu 180 C.

Untuk membuat pastry:

Pukul mentega/majerin dan gula aising sampai creamy.

Masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung.

Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart.

Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya cantik2..guna jari pon boleh...pastu cucuk ngan garpu doh tu.
Bakar 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

Untuk membuat cheese filling:

Pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy.

Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul sampai gebu n lembut.
Susun doh yg dah bakar n keluarkan dr acuan dlm loyang balik
Pippingkan sedikit blueberi filling dlm doh tart td .
Pastu pipekan cheese filling tadi plak.

Hiaskan diatas dengan blueberry filling.

Bakar selama 10 minit atau filling tadi nampak mengelembung n macam kering sedikit.

p/s: Bila dah bubuh filling jgn bakar terlalu lama..bila nmpk mengelembung n kering sedikit trus keluarkan dr oven..kalo terlebih bkr cheese akan turun bila sejuk..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...