Rabu, 17 November 2010

Sweet Centik(Indonesian Cuisine)

Bahan-bahan:


1 pek (90 gr) tepung hunkue 
900 ml santan pekat
150 gm gula
75 gm biji sagu kering
3/4 sudu teh garam
Daun pandan


Cara-cara:


Rebus biji sagu hingga masak dan bening
Masukkan air sejuk untuk mengelakkan melekat, kemudian tos.
Rebus 700 ml santan dengan garam, daun pandan dan gula sampai mendidih.
Sementara itu, campur tepung hunkue bersama  200 ml santan sampai rata.
Angkat daun pandan, kemudian masukkan larutan tepung hunkue ke dalam santan yg telah mendidih.
Masak dengan api kecil sampai adunan tebal dan jelas.
Masukkan biji sagu dan kacau rata.
Siapkan plastik, masuk 1 1/2 sudu besar adunan, kemudian bungkus.
Proses harus dibuat cepat semasa adunan panas.sebelum beku.
Boleh juga dimasukkan ke dalam acuan2 kecil, dinginkan dalam peti ais

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...