Isnin, 1 November 2010

Kek Coklat Susu

Bahan-bahan:

Kek:
185 gram mentega/marjerin
1/2 sudu teh vanilla
275 gram gula halus
4 biji telur
75 cc susu cair
150 gram tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
50 gram serbuk coklat

Lapisan:
300 gram coklat masak pekat, cincang
125 gram mentega/marjerin

Cara-cara:

Kek:
Campur tepung gandum, baking powder, dan serbuk coklat, adun hingga rata, lalu ayak, biarkan.
Campur mentega, vanilla, dan gula, lalu masukkan telur satu per satu sambil terus diadun hingga rata.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit-sedikit diselang dengan susu cair, adun hingga rata.
Siapkan loyang dengan diameter 20 cm, sapu dengan sedikit mentega, lapisi dengan kertas minyak, lalu taburi dengan sedikit tepung gandum.
Tuang adunan kek ke dalam loyang, ratakan, lalu bakar dalam oven (180 darjah Celsius, 45 minit) hingga masak, angkat.
Keluarkan kek dari loyang, dinginkan, lalu belah cake membujur menjadi 2 bahagian, sisihkan.

Lapisan:
masak coklat hingga pekat dan mendidih, angkat, lalu masukkan mentega, adun hingga mentega mendidih dan berkilat.
Ambil kek bahagian bawah, lalu sapu bekas belahan kek dengan sebahagian adunan lapisan, ratakan, satukan kek kembali, hiasi permukaan kek dengan sisa adunan lapisan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...